Tinta emas Sejarah telah mencatat bahwa pada bulan suci Ramadhan penuh
dengan kisah kesuksesan dan kemenangan besar yang mampu diraih umat
Islam. Ini sekaligus membuktikan bahwa Ramadhan bukanah bulan malas dan
lemah, akan tapi merupakan bulan kuat, bulan jihad, dan bulan
kemenangan.
Berikut beberapa rentetan peperangan sekaligus kemenangan yang pernah terjadi pada bulan Ramadhan;
Ramadhan 2H
Perang Badar
Ibnu Hisyam menyatakan perang ini merupakan kemenangan pertama yang
menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan
dan kebatilan. Perang ini terjadi pada pagi Jumat, 17 Ramadhan 2H di
Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan
Rasulullah ini mengalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin
Mekah.
Ramadhan 5H
Perang Khandaq
Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota
Madinah. Strategi ini ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Hal
ini diusulkan Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal
dan berakhir pada bulan Dzulkaidah setelah pasukan muslimin berjaya
memecah belah pasukan musuh.
Ramadhan 8H
Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah)
Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dalam keadaan
berpuasa. Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah.
Penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.
Ramadhan 9H
Perang Tabuk
Pada tahun 629 M Rasulullah Saw. memutuskan untuk melakukan aksi
preventif,yakni ekspedisi ke wilayah tabuk yang berbatasan dengan
romawi. Setelah sampai di Tabuk, umat Islam tidak menemukan pasukan
Bizantium ataupun sekutunya.
Ramadhan 10H
Ekspedisi Yaman
Rasulullah Saw mengutus pasukan dibawah pimpinan Saidina Ali Ra, ke
Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku yang berpengaruh di Yaman
langsung menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka
sholat berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.
Ramadhan 53H
Kemenangan tentera Islam di pulau Rhodes.
Ramadhan 92H
Pembebasan Spanyol
Paglima tentera Islam, Tariq bin Ziyad memimpin 12.000 tentera Islam
berhadapan dengan tentera spanyol berjumlah 90.000 yang diketuai sendiri
oleh Raja Frederick. Pada peperangan ini, untuk menambah semangat
pasukannya, Tariq bin Ziyad membakarkan kapal- kapal perang mereka
sebelum bertempur dengan tentera Raja Frederick. Beliau berkata,
"Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan
dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan,
apakah mati tenggelam , atau mati syahid."
Ramadhan 129H
Kemenangan atas Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.
Ramadhan 584H
Pembebasan Palestina
Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar
atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang
sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan,
penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia istirahat kerana
risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal
itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus
berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini
terjadi pada pertengahan bulan Ramadhan.
Ramadhan 658H
Perang Ain Jalut
Saat tentera tartar memasuki Baghdad, mereka membunuh 1.8 juta kaum
Muslimin. Musibah ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir
ketika itu dengan mengumpulkan semua kekuatan kaum muslimin untuk
meghancurkan tentera Tartar dan bertemu dengan mereka pada Jumat, 6
September 1260M di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri
Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan
pertempuran.
Referensi:
- Sirah Ibnu Hisyam
- Tarikhul Khulafa, Imam As-Syuyuthi
- www.Hizbut-tahrir.or.id
- www.alhikmah.com
- www.wikipedia.org
- www.google.com
- dll.
Sumber: milis pks depok
Gambar: warofweekly.blogspot.com

Tidak ada komentar:
Posting Komentar